Dasar Keselamatan

  1. Kami mungkin mengumpul dan menyimpan beberapa maklumat log secara automatik apabila anda mengakses laman web ini seperti alamat protokol Internet (IP) tempat anda melayari, tarikh dan masa, nama laman web tempat anda membuat pautan (link), maklumat mengenai penggunaan produk-produk dan perkhimatan-perkhidmatan kami oleh anda, nama fail atau perkataan yang anda cari, butiran yang anda klik pada halaman-halaman dan iklan-iklan, dan pelayar serta sistem pengoperasian yang anda gunakan.
  2. Maklumat log ini akan digunakan untuk mengukur bilangan pelawat dan mengenal pasti prestasi sistem. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk membantu dalam membangunkan laman web, corak penggunaan, dan untuk menjadikan laman ini lebih berguna dan mesra pengguna. Laman web ini tidak berkongsi atau menjual data pelawat bagi tujuan pengiklanan, pemasaran atau sebarang tujuan komersial. 
  3. Laman web ini menghasilkan ‘cookies’, yang dikumpulkan oleh pelayar laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. “Cookies” tidak disimpan secara kekal dan akan terpadam sebaik anda memadam cookies pelayar anda.
  4. Semua storan elektronik akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.