Perkhidmatan Membina Laman Web

Kami hanya mereka bentuk laman web RESPONSIF

Kerana HANYA reka bentuk RESPONSIF akan membentuk paparan yang paling optimum untuk semua saiz skrin
 

Apa itu RESPONSIF?


Laman web responsif merujuk kepada reka bentuk. Pada masa kini kebanyakan masa pengguna menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet. Seiring dengan peredaran teknologi, tenik mereka bentuk laman web juga turut berubah. Laman web moden perlulah mesra untuk dibuka dipelbagai peranti.

Laman web yang direka dengan teknik responsif akan lebih tersusun dan dibuka dengan lebih pantas. Responsif ini juga memainkan peranan yang penting dalam kedudukan ranking didalam indeks carian Google.

Kami hanya menggunakan CMS


CMS atau Content Management System adalah satu sistem yang memudahkan pengguna mengemaskini laman web walaupun pengguna tiada kemahiran khusus dalam mengendalikan laman web. Antara perkara yang boleh dikemaskini oleh pengguna adalah tambah, ubah atau padam artikel, gambar, slide dan banyak lagi mengikut kepada spesifikasi keperluan pengguna.

CMS menggunakan pengkalan data untuk menyimpan hampir keseluruhan isi kandungan laman web. Hanya perlu log masuk dan pilih fungsi yang diperlukan.

Ciri-ciri ini akan diadaptasikan kedalam laman web anda



TAHNIAH Koperasi Pos Nasional Berhad

Pemenang anugerah Laman Web Koperasi Laman Web Terbaik 2015 ANGKASA. Laman web ini dibangunkan dan direka oleh kami. Kami mengucapkan Syabas & terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami.